Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak yang berenang di dalam akuarium ikan kelisa.

Malah, bapanya sendiri yang mengizinkan anaknya untuk berenang di dalam akuarium tersebut yang mempunyai ikan.
Advertisement
Video yang dikongsikan di laman TikTok miliknya menunjukkan anak lelaki terbabit selamba berenang bersama beberapa ekor ikan kelisa yang berada di dalam akuarium tersebut.
“Kita layankan saja, dia nak berenang dalam tank,” tulisnya kapsyen.
Pelbagai reaksi daripada warganet terhadap video tersebut dan terhibur dengan keletah anaknya.
“Ini mesti ayah yang jaga, kalau ibu jaga tak dapat punya berenang dalam akuarium,” kata Chamomile.
“Ya Allah ingatkan nak tunjuk ikan besar, dua kali tengok baru perasan ada budak,” kata Anilawati.
Sumber: Kosmo Online