Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kes Kematian Menurun, Covid-19 Bukan Lagi ‘Kecemasan Antarabangsa’?

Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan Covid-19 tidak lagi menjadi Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (PHEIC) hari ini.

kes kematian menurun, covid-19 bukan lagi ‘kecemasan antarabangsa’?

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, beliau memaklumkan perkara itu susulan daripada hasil mesyuarat Jawatankuasa Darurat Peraturan-peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) yang berlangsung pada 4 Mei di Geneva.

Advertisement

"Keputusan ini mengambil kira trend global yang menunjukkan penurunan bagi kes kematian Covid-19, kemasukan kes ke hospital dan Unit Rawatan Rapi (ICU) serta tahap imuniti populasi dunia terhadap virus SARS-CoV-2 yang tinggi," katanya.

Tambahnya, keputusan tersebut diambil setelah melibatkan kebolehcapaian kepada diagnosis, rawatan, dan vaksin serta pemantauan varian virus SARS-CoV-2 juga menunjukkan tidak menyebabkan jangkitan Covid-19 yang teruk.

KKM mengumumkan juga sebelum ini berkenaan pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan dari 1 Januari hingga 30 Jun dan menjangkakan penilaian risiko situasi jangkitan Covid-19 akan dilaksanakan pada pertengahan Jun 2023.

Ia juga selaras bagi menyemak semula pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan.

"Kementerian Kesihatan akan meneruskan langkah kawalan dan pencegahan Covid-19 berdasarkan protokol sedia ada serta membuat semakan semula dan mengemas kini garis panduan Covid-19 dengan merujuk kepada kenyataan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) berkaitan transisi pengurusan jangka masa panjang pandemik Covid-19," jelasnya.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik