Tanah merupakan harta yang sangat bernilai bagi kebanyakan orang. Ada yang mewariskan kepada keluarga, ada yang berbakti pada tanah untuk dapatkan hasilnya dan ada juga yang menjual tanah untuk dapatkan wang.
Namun, bagi seorang pekerja yang bekerja sebagai ‘cleaner’ tindakannya menjual tanah miliknya sangat luar biasa dan menjadi inspirasi ramai orang.
Advertisement
Menurut perkongsian Izhar Azimat, seorang clenar bernama Kalipulizan ini menjual tanah miliknya untuk membeli dua biji mesin dialisis. Mesin tersebut diwakafkan kepada sebuah pusat dialisis tempatnya bekerja.
Kedua-dua mesin tersebut bernilai RM 80, 000. Selepas mewakafkan mesin tersebut dia masih bekerja sebagai cleaner.
Hebat sungguh jiwa seorang insan bernama Kalipulizan ini!
Sumber : Facebook Izhar Azimat