Skip to main content

Advertisement

Hiburan

RON95 RM1.99 Seliter! Ini Cara Rakyat Malaysia Nikmati BUDI95

ron95 rm1.99 seliter! ini cara rakyat malaysia nikmati budi95

Foto: Bernama

Advertisement

Bermula 30 September 2025, kerajaan Malaysia memperkenalkan satu inisiatif baharu yang dinamakan BUDI95, sebuah program subsidi bersasar untuk petrol RON95 yang memberi manfaat kepada semua warganegara dengan lesen memandu yang sah.

Di bawah program BUDI95, harga RON95 untuk warganegara Malaysia ditetapkan pada RM1.99 seliter, berbanding harga pasaran biasa sekitar RM2.60 seliter bagi bukan warganegara. Ini merupakan langkah signifikan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Semua warganegara Malaysia yang mempunyai lesen memandu aktif akan mendapat subsidi ini secara automatik. Tiada permohonan rumit diperlukan, hanya pastikan lesen memandu dan cip MyKad anda aktif.

Setiap individu layak menerima subsidi untuk 300 liter petrol sebulan. Bagi pemandu e-hailing, tiada had siling ditetapkan dan anda boleh memohon tambahan berdasarkan keperluan kerja

Tiada pendaftaran diperlukan, hanya sahkan MyKad anda semasa membuat pembelian di terminal minyak. Gunakan MyKad di pam minyak atau kaunter kedai.Selain itu, boleh aplikasi digital seperti TNG eWallet, Setel (Petronas) atau CaltexGo juga boleh digunakan untuk lebih kemudahan.

ron95 rm1.99 seliter! ini cara rakyat malaysia nikmati budi95

Pelaksanaan subsidi BUDI95 akan dilaksanakan secara berperingkat seperti berikut, 27 September untuk golongan polis dan tentera. 28 September untuk penerima bantuan STR (golongan B40) dan 30 September kepada semua rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas (anggaran 16 juta orang).

Ingat Pesanan Penting Ini!

✔️ Pastikan cip MyKad anda berfungsi.

✔️ Lesen memandu anda mesti aktif.

BUDI95 merupakan langkah pintar kerajaan dalam memastikan subsidi petrol sampai kepada mereka yang benar-benar layak, sambil mengekang penyalahgunaan dan ketirisan. Dengan sistem yang automatik dan mesra pengguna, ia semestinya memudahkan rakyat tanpa perlu sebarang proses rumit.

Sumber: MOF | Diterbitkan oleh: Bernama

SINAR Muzik Retro Terbaik