Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kes Covid-19 Meningkat, Dos Penggalak Ketiga Dicadangkan

Baru-baru ini, kes peningkatan Covid-19 telah dicatatkan di seluruh negara dan setakat ini 12,757 sepanjang Minggu Epidemiologi ke-49.

kes covid-19 meningkat, dos penggalak ketiga dicadangkan

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, beliau memaklumkan pihaknya mencadangkan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin Covid-19 bagi golongan rentan dan berisiko tinggi.

Advertisement

Malah, cadangan tersebut diberikan selaras dengan situasi semasa jangkitan kes Covid-19 yang melonjak dalam tempoh dua minggu yang lalu.

“Apa yang saya maksudkan ialah dos penggalak tersebut dicadangkan untuk kumpulan rentan, warga emas dan juga yang mempunyai komorbiditi iaitu seperti pesakit-pesakit diabetes, darah tinggi dan sebagainya.

“Kita juga mencadangkan agar rakyat dapat mengamalkan pemakaian pelitup muka dan keduanya terutama yang bergejala lindungi sendiri dan juga orang lain,” katanya ketika sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Beliau juga menyeru orang ramai agar berhati-hati ketika berada di tempat sesak terutama ketika musim cuti ini.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik