Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Burukkan Ulama, Orang Awam Disaran Usah Campur Urusan

Baru-baru ini, beberapa kenyataan yang kurang menyenangkan telah menyebabkan segelintir masyarakat di Malaysia khususnya yang beragama Islam sanggup bertindak luar batas sehingga menghina dan memperlekehkan agamawan atau ulama. 

burukkan ulama, orang awam disaran usah campur urusan

Malah, setengah masyarakat bertindak dengan melemparkan kata-kata kurang sopan serta makian dan fitnah kepada golongan berkenaan.

Advertisement

Media sosial menjadi platform untuk individu tidak bertanggungjawab ini melemparkan kata-kata kurang senang dan bahasa yang tidak sopan.

Lebih parah, segelintir individu juga berani melaga-lagakan tokoh agama dengan sengaja demi mewujudkan sensasi dan perpecahan dalam masyarakat. 

Seperti baru-baru ini, isu seorang doktor perubatan Terengganu yang membuat hantaran jelik mengenai agamawan di negeri itu mengundang kebencian ramai pihak.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik