Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Berbaloi Ke? Kedai Makan Konsep Layan Diri, Makan Bungkus, Kira Sendiri

Baru-baru ini, tular video tentang sebuah kedai menjual nasi dan lauk-pauk berkonsepkan layan diri, di Puchong.

berbaloi ke? kedai makan konsep layan diri, makan bungkus, kira sendiri

Menurut perkongsian di laman TikTok @jejakawangi, video tersebut jelas menunjukkan bayaran boleh dibuat secara harian, mingguan atau bulanan.

Advertisement

“Pertama kali saya jumpa kedai macam ni yang jual lauk-pauk Melayu sedap dan harga berpatutan. Tiada tempat duduk, hanya untuk tapau sahaja. Memang ramai yang beli kat situ.

“Paling unik ia berkonsepkan layan diri daripada ambil lauk, bungkus, kira, bayar dan ambil baki sendiri dalam bekas yang disediakan. Persoalan saya, penjual ni tak takut ke orang ambil kesempatan?,” jelasnya.

Pelbagai reaksi yang diberikan warganet tentang konsep kedai makanan itu yang dilihat sangat dilakukan.

Orang ramai turut teruja dengan perkongsian itu, malah tertanya-tanya mengapakah konsep berkenaan diketengahkan pemilik.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik