Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bumi Bakal Punyai 'Bulan Mini' Sementara?

Lands-P.png

Menurut laporan United Press International (UPI), Bumi dijangka akan memiliki "Bulan kedua" sementara apabila sebuah asteroid kecil mula mengorbit planet ini pada akhir September.

Advertisement

Asteroid yang dikenali sebagai 2024 PT5 berasal dari jaluran asteroid Arjuna, menurut penyelidik di Asteroid Terrestrial-impact Last Alert System (ATLAS) yang dibiayai oleh NASA, sebuah sistem pemantauan asteroid yang terletak di Afrika Selatan.

Menurut penyelidik, tarikan graviti Bumi akan menarik "Bulan mini" itu ke arah planet ini dan ia akan mengorbit Bumi bagi tempoh hampir dua bulan bermula 29 September hingga 25 November.

Meskipun fenomena ini menarik perhatian ramai, asteroid 2024 PT5 tidak akan dapat dilihat dengan mata kasar atau menggunakan teleskop biasa yang biasanya digunakan di halaman rumah.

 

Sumber: BERNAMA

SINAR Muzik Retro Terbaik