Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bukit Tunku Berhantu? Individu Lari Dengar Suara ‘Wanita’ Mengilai

Meremang bulu roma! Sekumpulan individu yang sedang bersantai di tepi jalan terkejut dan lari apabila mendengar suara seakan-akan mengilai di sekitar Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

bukit tunku berhantu? individu lari dengar suara ‘wanita’ mengilai

Menurut perkongsian video di laman X @ricxxxkiddo, mereka dilihat berhenti di bahu jalan untuk berehat meminum air.

Advertisement

Namun, situasi tersebut tegang apabila mereka mendengar bunyi seperti seorang wanita yang sedang ketawa.

Mereka tidak berfikir panjang dan terus berlari memasuki ke dalam kereta tersebut.

“Bad vibe, (suasana tak okay) jangan tanya kenapa kita pergi dari sini, jom kita keluar dulu dari sini,” katanya.

Rakaman video berjaya dirakam menggunakan kamera papan pemuka (dashcam) kereta tersebut yang jelas memaparkan kawasan jalan raya di situ gelap dan tidak mempunyai sebarang orang atau kenderaan yang lalu.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik