Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bonus RM360,000 Jika Pekerja Lahir Anak

Penawaran bonus sebanyak 100 juta won (RM359,818) ditawarkan sebuah syarikat pembinaan di Korea Selatan khas untuk pekerja setiap kali mereka melahirkan bayi.

bonus rm360,000 jika pekerja lahir anak

Inisiatif ini dilakukan untuk membantu negara itu memulihkan kadar kesuburannya yang sangat rendah.

Advertisement

Malah, satu majlis diadakan kumpulan Booyoung untuk menyerahkan insentif sebanyak 7 bilion won (RM3.59 juta) kepada 70 bayi yang dilahirkan pekerjanya sejak 2021.

“Jika kadar kesuburan yang rendah berterusan, negara kita boleh menghadapi krisis bilangan penduduk dalam tempoh 20 tahun.

“Kadar kelahiran yang rendah dipercayai berpunca daripada beban kewangan berhubung membesarkan anak serta kesukaran untuk mengekalkan keseimbangan antara kerja dengan keluarga. 

“Itulah sebab mengapa kami memutuskan untuk memperkenalkan faedah istimewa ini,” katanya.

Setakat ini, kadar kesuburan Korea Selatan menyusut pada tahun lepas apabila bagi setiap 100 wanita, hanya 72 bayi dilahirkan.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik