Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bomba Siasat Jika Ada Unsur Khianat atau Kecuaian Dalam Kebakaran Berulang

bomba siasat jika ada unsur khianat atau kecuaian dalam kebakaran berulang

Pasukan penyiasat bomba telah digerakkan untuk menyiasat punca kebakaran berulang yang berlaku di tingkat 3 bersebelahan Jakel Shah Alam awaal pagi ini.

Advertisement

Menurut Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis, siasatan akan melibatkan pelbagai aspek termasuk unsur khianat dan kecuaian.

“Pagi ini saya telah arahkan pegawai penyiasat saya bersama unit K9 untuk meyiasat semula tempat kejadian yang berlaku pada pagi tadi,

“Ketika kami sampai memang kita lihat api sudah marak di tingkat 3 tersebut, kita akan lihat dari pelbagai sudut yang melibatkan khianat dan lain-lain perkara yang bersangkutan,

“Pagi ini saya juga telah arahkan pasukan menyiasat dan memastikan bahawa tidak ada lagi kesan-kesan kebakaran yang boleh menimbulkan kebakaran berulang,” katanya kepada Astro AWANI.

Jelasnya, ketika ini sampel-sampel yang ada telah diambil dan dianalisa di makmal penyiasatan Bomba di Bukit Jelutong untuk mengenal pasti punca.

“Siasatan juga akan dibuat terhadap pekerja-pekerja Jakel kerana peringkat awal dimaklumkan ada pekerja berada di premis ketika kejadian, kita akan panggil untuk soal siasat,

“Siasatan akan mengambil masa untuk kita perinci, kerana kemusnahan yang berlaku dan dari segi kerugian juga agak tinggi jadi perkara ini perlu disiasat dengan teliti dan rapi,” katanya.

Menurutnya lagi, keputusan dijangka akan diperoleh dalam masa dua minggu.

“Pada peringkat awal akan mengambil masa dua minggu, sekiranya hasil siasatan menepati ciri-ciri kebakaran dan boleh menguatkan fakta berkaitan dengan punca, dan sekiranya perlu kita akan lanjutkan siasatan sehingga tiga minggu,” katanya.

Sumber : Astro Awani 

SINAR Muzik Retro Terbaik