Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bomba Selamatkan Wanita Sarat Mengandung

Lands-P-14.png

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menyelamatkan seorang wanita sarat mengandung di Kampung Kota Mengkuang, Jitra untuk dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, hari ini.

Advertisement

Ibu mengandung, Norshuhaida Ramli, 30, salah seorang mangsa banjir di Mukim Malau dan Pelubang dijadualkan melahirkan anak sulungnya pada Khamis, esok.

Menurut suaminya, Mohd Fitri Hamzah, 31, isterinya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sebagai langkah awal bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku memandangkan kawasan sekitar kampungnya itu sudah dinaiki air.

Tambah beliau, ribuan terima kasih diucapkan kepada anggota bomba yang telah membantu mereka berdua keluar ke lokasi selamat.

Menurut Ketua Balai Bomba Jitra, Mohd Bustan Karudin, Norshuhaida merupakan satu-satunya mangsa yang sarat mengandung diselamatkan mereka.

 

Sumber: Sinar Harian

SINAR Muzik Retro Terbaik