Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Boleh Pengaruh Budak-Budak” - Netizen Marah Hot Daddy Jadi Tetamu Podcast

Baru-baru ini, sebuah laman web penstriman bertindak untuk menjemput Hot Daddy ke platform audio siar atau podcast bagi menemubual.

 “boleh pengaruh budak-budak” - netizen marah hot daddy jadi tetamu podcast

Namun, banyak kecaman telah dilemparkan kepada mereka akibat tindakan tersebut sebagai mempromosi dan menormalisasikan kegiatan persundalan.

Advertisement

Malah, ramai warganet mengatakan ia boleh mempengaruhi pemikiran kanak-kanak ke arah perkara yang tidak bermoral.

“Apa kebaikan Hot Daddy ini sampai nak kena tengok (podcast)? Tak perlu kot. Banyak podcast lain yang membina minda daripada ini,” ujar @sofieopie123.

“Lagi teruk bila post (disiar) dekat media sosial nanti budak-budak tengok dan fikir benda itu normal,” komen seorang lagi pengguna.

“Adakah kita mempromosikan zina? Dunia sudah terbalik, Hot Daddy dijemput sebagai tetamu podcast,” tulis @Myhadithtime.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik