Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sayunya. Beruang Dilanggar, Berguling Kesakitan di LPT2

Tular video seekor beruang berguling kesakitan selepas dilanggar dalam kejadian di Lebuhraya Pantai Timur (LPT2) arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan pada Ahad.

Video tersebut sempat dirakam oleh seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Khairul Nizam dan dimuat naik di laman Facebooknya.

Advertisement

Menerusi perkongsian video tersebut, rata-rata pengguna media sosial merasa simpati dengan nasib yang menimpa haiwan tersebut kerana seakan mengerang dan berguling kesakitan selepas dilanggar.

Khairul Nizam antara individu terawal yang melihat kejadian itu.

“Dari jauh, ingatkan ada rider kena langgar sebab size dia besar, sama besar dgn manusia. Dah dekat baru perasan beruang. Dia cuba nak bangun, tapi tak dapat. Mungkin patah ke apa.

“Lepas tu, terus call LPT2 untuk hantar peronda,” jelasnya menerusi hantaran tersebut.

Bagaimanapun menurut Sinar Harian, beberapa kakitangan Jabatan Perhilitan Terengganu tiba di lokasi kejadian namun beruang tersebut sudah tiada di situ.

 

 

SINAR Muzik Retro Terbaik