Seorang remaja sanggup membakar rumah ibu bapanya hanya kerana tidak diberikan wang untuk belanja kahwin.

Berusia 17 tahun, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai RA amat marah akan ibu bapanya yang tidak mahu memberikan wang untuk dirinya berkahwin.
Advertisement
Polis melakukan siasatan lanjut terhadap suspek setelah diberkas oleh pegawai yang bertugas.
Menurut Ketua Polis Tebo Tengah, Asisten Komisioner Polis Dedi Tanto Manurung, pihaknya mengesahkan suspek kini berada dalam tahanan polis bagi membuat siasatan lanjut.
“Ya, terdapat aduan daripada mangsa bernama Amri yang mengatakan anaknya telah membakar rumahnya,” kata Dedi, kelmarin.
Terdahulu, penduduk sekitar rumah milik membuat aduan berlakunya kebakaran di Jalan Kelompok Tani, kabupaten Tebo, wilayah Jambi.
Sumber: Kosmo Online