Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang pelanggan sebuah restoran di Washington, Amerika Syarikat (AS) berang apabila makanan yang dipesannya tidak dimasak dengan cepat.

Pelanggan itu dilaporkan bertindak ganas selepas cuba merampas taco daripada tangan pekerja restoran tersebut.
Advertisement
“Dia cuba merampasnya (taco), namun gagal sebelum saya membuangnya ke dalam tong sampah. Dia kemudian menjadi marah,” katanya.
Kejadian tersebut jelas dilihat memaparkan pelanggan tersebut cuba merampas kotak makanan ketika pekerja itu cuba menghidangkannya.
Namun, lelaki itu bertindak membaling barang ke arah pekerja itu apabila dia membuang taco ke dalam tong sampah.
Mukanya penuh ditutup untuk mengelakkan daripada terkena barangan yang dilempar sebelum melarikan diri ke pintu belakang restoran.
Namun, tiada kecederaan dilaporkan ketika kejadian berlaku di restoran tersebut.
Menurut siasatan Polis Metropolitan, pihaknya memaklumkan lelaki itu menjadi marah kerana dia merasakan makanannya tidak disediakan dengan pantas.
Dia kemudian meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki skuter sewa.
Sumber: Kosmo Online