Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bella Dilanggar, Mayat Dibuang? Suspek Cuba Sorok Telefon Mangsa!

Penemuan rangka di rumah terbiar telah menyebabkan ramai yang terkejut dan keluarga mangsa terasa hiba apabila mengetahui nasib menimpa.

bella dilanggar, mayat dibuang? suspek cuba sorok telefon mangsa!

Keluarga kepada Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella perlu menunggu selewat-lewatnya minggu depan bagi mendapatkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sama ada rangka ditemui Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, petang kelmarin milik Bella atau sebaliknya.

Advertisement

Setakat ini, proses bedah siasat ke atas rangka ditemui itu sudah dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, pagi semalam.

Namun, kakaknya, Norhisham, 36, dia sekeluarga dimaklumkan mengenai keputusan itu selepas berhubung dengan polis.

"Kami dimaklumkan, keputusan itu (ujian DNA) sama ada minggu ini atau minggu depan," katanya ditemui selepas melawat lokasi penemuan rangka itu, hari ini.

Pihak polis juga memaklumkan telefon bimbit milik Bella ditemui semula selepas pihak berkuasa menggeledah rumah seorang suspek.

Penemuan bukti itu melegakan keluarga Bella dan mereka bernasib baik kerana suspek tidak mengetahui kata laluan di telefon itu.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik