Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cadang Tunjuk MyKad Ketika Beli Minyak Masak Peket

Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan penggunaan MyKad untuk membeli minyak masak peket berbanding pengenalan diri khas (ID)

cadang tunjuk mykad ketika beli minyak masak peket

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh, ia berhubung pembelian yang dilakukan peniaga mikro pula ia perlu dibincangkan kerana tidak semua golongan itu yang mendaftar perniagaan.

Advertisement

“Sekiranya memudahkan dengan ‘link’ (oautan) kepada MyKad kita boleh pertimbangkan. Berhubung peniaga mikro kita perlu bincang lagi sebab bukan semua berdaftar.

“Apapun relaks…kita belum muktamadkan mekanisme. Kita cuma sudah memuktamadkan penerima libat urus berterusan,” katanya.

Tambahnya, pembelian itu hanya untuk mereka yang layak dan mempunyai ID boleh mendapatkan minyak masak peket selepas kerajaan melaksanakan subsidi bersasar yang dijangka bermula tahun depan.

Tindakan itu dilakukan apabila pelbagai aduan minyak masak bersubsidi tiada di pasaran sedangkan kerajaan mengeluarkan 60 juta peket minyak masak bersubsidi setiap bulan.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik