Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Eda Ezrin, Suami Dan Empat Yang Lain Bebas Tuduhan Miliki Pil Kuda

eda ezrin, suami dan empat yang lain bebas tuduhan miliki pil kuda

Foto: Instagram

Advertisement

 

Penyanyi kelahiran Kelantan, Eda Ezrin dan suami serta empat yang lain dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat, di sini, hari ini, daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba pada 1 November lalu.

Memetik laporan Harian Metro, keputusan berhubung nasib mereka diputuskan hari ini selepas proses perbicaraan yang berlangsung selama tiga hari bermula 11 Februari lalu sudah selesai dijalankan.

Dua pertuduhan adalah memiliki 6,059 pil yaba dan mengambil dadah di pekan Sungai Golok pada 1 November tahun lalu.

Manakala, dua rakan Eda Ezrin berdepan tiga pertuduhan termasuk memasuki Thailand tanpa dokumen sah.

Awal pagi tadi, Penyanyi ‘Bea Sobar Bea’ dan suami serta empat rakannya tiba di Mahkamah Wilayah Narathiwat, di sini, hari ini.

Kesemua mereka yang dibawa menaiki trak penjara tiba 9.10 pagi (waktu Thailand) untuk keputusan berhubung dua pertuduhan yang dihadapi empat individu termasuk Eda Ezrin sendiri.

Sumber: Harian Metro

SINAR Muzik Retro Terbaik