Sejak konflik yang membara di Gaza 7 Oktober lalu, rakyat risau dengan peningkatan risiko kelahiran pramatang, kematian bayi dan keguguran di Gaza.

Serangan tentera Israel telah menyebabkan wanita hamil menghadapi kesukaran mendapatkan penjagaan kesihatan, tekanan psikologi dan keadaan kebersihan yang tidak memuaskan disebabkan situasi perang.
Advertisement
Menurut Pengarah Jabatan Bersalin dan Nurseri Hospital Nasser di Khan Younis, Walid Abu Hatab, pihaknya memaklumkan jumlah kelahiran bayi telah menurun dua kali ganda.
Jumlah tersebut menurun disebabkan kerana ibu mengandung tertekan disebabkan situasi perang yang berlaku ketika ini.
"Sejak awal serangan di Semenanjung Gaza, kami benar-benar menderita, terutamanya pemberhentian semua program susulan kehamilan, pemberhentian semua perkhidmatan penyusuan, pemberhentian banyak perkhidmatan susulan obstetrik.
"Di Semenanjung Gaza, kami mempunyai sekurang-kurangnya 50 ribu wanita hamil sekarang, dan wanita ini memerlukan rawatan susulan kehamilan, malangnya, telah berhenti sepenuhnya," jelasnya.
Sumber: Sinar Harian