Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cuai Sampai Akibat Kematian Bayi, Bapa Didenda Lebih RM10,000

Seorang bapa didenda RM10,000 akibat cuai sehingga menyebabkan kematian bayinya berusia tiga bulan pada awal bulan lalu.

cuai sampai akibat kematian bayi, bapa didenda lebih rm10,000

Denda tersebut telah dijatuhkan oleh oleh Mahkamah Sesyen, Hakim Siti Aminah Ghazali menjatuhkan hukuman itu terhadap Amirul Hakim Muhamad Fadzil, 27, selepas tertuduh mengekalkan pengakuan salah terhadap pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Advertisement

Malah, tertuduh juga turut dikenakan bon setelah berkelakuan baik selama dua tahun dengan seorang penjamin tanpa cagaran RM5,000 selain turut diperintah menjalani khidmat masyarakat 120 jam bermula hari ini.

Amirul Hakim mengikut pertuduhan setelah didakwa cuai sehingga menyebabkan kematian bayi lelakinya.

Kecuaian telah menyebabkan kecederaan pada kepala, di sebuah rumah pangsapuri di Gombak di sini, pukul 4.15 petang pada 3 Januari lalu.

Siasatan dan pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar mengendalikan dakwaan ini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik