Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan mula disalurkan kepada individu yang layak sebelum Aidiladha.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan sumbangan tersebut membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion.
Advertisement

Malah, bayaran itu akan memanfaatkan lebih lapan juta penerima yang akan menerima bayaran antara RM100 hingga RM1,300.
"Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 juga akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha, Insya-Allah," katanya ketika Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau memberi kenyatan tersebut setelah Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) mengajukan beberapa soalan mengenai pembaharuan dibuat kerajaan dalam pendekatan serta tatakelola undang-undang atau peraturan bagi mengekang ketirisan wang awam, selain meminta Perdana Menteri menyatakan juga pelaporan perbelanjaan dan pemantauan belanjawan negara.
Tambahnya, beliau memaklumkan kerajaan sudah membelanjakan RM158 bilion atau 41 peratus daripada keseluruhan peruntukan dalam Belanjawan 2023 setakat bulan lalu, bagi tujuan meringankan kos sara hidup rakyat.
Ia juga kapasiti perbelanjaan terbaik direkodkan bagi tempoh suku pertama berbanding tempoh sama pada tahun-tahun sebelum ini.
Sumber: Berita Harian