Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bau Busuk Air Tandas Melimpah, Pesawat Terpaksa Berpatah Balik

Kecoh di media sosial apabila berita mengenai sebuah pesawat komersial terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Frankfurt selepas bau busuk dari tandas bocor memenuhi seluruh kabin.

bau busuk air tandas melimpah, pesawat terpaksa berpatah balik

Menurut laporan The Sun, penerbangan 59 United Airlines yang dijadualkan tiba di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) itu mengelilingi Laut Utara sebelum kembali ke lapangan terbang tersebut pada Jumaat lalu.

Advertisement

Bau busuk datang dari tandas telah dilaporkan beberapa penumpang pesawat ketika sudah berlepas dari Frankfurt.

Selepas kru kabin melakukan pemeriksaan, mereka mendapati salah sebuah tandas di dalam pesawat tersebut rosak.

Penumpang juga melaporkan kandungan tangki tandas itu melimpah dan memasuki kabin sekali gus memburukkan keadaan.

Sumber: Kosmo Online / The Sun
 

SINAR Muzik Retro Terbaik