Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cincin Pintar Jadi Mimpi Ngeri: Jari Tiba-Tiba Membengkak, Bateri Kembung!

cincin pintar jadi mimpi ngeri: jari tiba-tiba membengkak, bateri kembung!

Foto: X (@ZONEofTECH)

Advertisement

Seorang pengguna media sosial berkongsi pengalaman mendebarkan apabila bateri cincin pintar (smart ring) yang dipakainya tiba-tiba mengembung ketika berada di lapangan terbang. Insiden itu bukan sahaja menyebabkan rasa sakit yang teruk pada jarinya, malah turut membuatkan beliau dilarang menaiki pesawat atas faktor keselamatan.

Menurut perkongsiannya, bateri di dalam cincin pintar tersebut mula mengembang ketika ia masih melekat di jarinya, menyebabkan peranti itu sukar ditanggalkan. Situasi itu membuatkan beliau panik, lebih-lebih lagi ketika sedang bersiap untuk menaiki penerbangan.

Akhirnya, beliau terpaksa mendapatkan rawatan kecemasan di hospital, di mana pihak perubatan berjaya menanggalkan cincin berkenaan. Gambar yang dikongsi menunjukkan bateri cincin tersebut jelas dalam keadaan kembung.

cincin pintar jadi mimpi ngeri: jari tiba-tiba membengkak, bateri kembung!

Disebabkan kejadian itu, pengguna terbabit terpaksa menangguhkan perjalanan, termasuk menanggung kos tambahan bagi penginapan hotel sebelum dapat pulang ke rumah keesokan harinya. Beliau menegaskan tidak akan lagi memakai smart ring selepas pengalaman pahit ini.

Insiden ini menimbulkan persoalan tentang tahap keselamatan peranti boleh pakai (wearable devices) yang semakin popular dalam kalangan pengguna. Walaupun teknologi ini menawarkan kemudahan dan gaya hidup moden, aspek keselamatan tetap perlu diberi perhatian bagi mengelakkan insiden berbahaya seperti ini berulang.

Sumber: X (@ZONEofTECH)

SINAR Muzik Retro Terbaik