Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dua Kanak-Kanak Lemas, Terjatuh Dalam Kolam Ternakan Udang

Sebak dan pilu menyelubungi keluarga mangsa apabila mendapat perkhabaran duka dimana dua kanak-kanak lemas ketika sedang bermain di sebuah kolam ternakan udang di Kampung Sungai Emas Hujung, Kota Kuala Muda, Sungai Petani.

dua kanak-kanak lemas, terjatuh dalam kolam ternakan udang

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang, mangsa, Muhammad Aidil Adha Mohd Ali, 5, serta sepupunya Muhammad Syafiq Amsyar Abdul Syahid, 3, didapati tiada di rumah keluarga masing-masing sebelum keluarga mereka keluar untuk mencari mereka di sekitar kawasan kolam udang tersebut.

Advertisement

dua kanak-kanak lemas, terjatuh dalam kolam ternakan udang

Keluarga terkejut apabila menemui kedua mangsa tersebut telah meninggal dunia akibat lemas dan terjatuh di dalam kolam ternakan udang itu.

Salam takziah untuk keluarga mangsa. Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Sumber: Nur Syazwana Mansor / Kosmo Online

#SINARKongsi
 

SINAR Muzik Retro Terbaik