Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bapa Kehilangan Anak Sebak Terima Barang Peribadi Anaknya

Menyayat hati apabila seorang bapa sebak dan menitiskan air mata apabila menerima barang milik arwah anaknya yang meninggal dunia akibat kemalangan daripada pihak hospital.

bapa kehilangan anak sebak terima barang peribadi anaknya

Menurut video yang dikongsikan anak perempuannya di laman TikTok, video itu jelas memaparkan ayahnya sangat hiba akan pemergian anaknya ketika melihat barang peribadi itu.

@hairenamira

pihak hospital serahkan barang arwah adik masa excident , tak kuat masa ni tengok ayah bukak wallet adik 😭

♬ Dawai - Fadhilah Intan

Advertisement

Video berdurasi 14 saat itu meruntun jiwa warganet yang turut merasai perasaan hiba yang dialami bapa tersebut yang telah kehilangan anak.

“Allahu, tak kuat saya lihat ayah buka dompet adik,” tulis Hairen.

“Mak ayah hilang anak, tidak sama perasaan seperti anak kehilangan mak ayah,” kata Haziq.

“Teringat ketika arwah adik meninggal tahun lalu sebab kemalangan. Ayah cium MyKad arwah adik, bila pihak polis serahkan,” tambah Irdina Adriana.

“Suami saya terlibat kemalangan, bila terima serahan barang daripada polis, adik ipar terus bagi barang dekat mak mentua dan bukan pada saya,” ulas Nazliatul.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik