Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bapa Tak Tahan Sebak Lihat Mayat Anak Ditemui Lemas

Mayat budak lelaki berusia 11 tahun yang tergelincir ke dalam Sungai Tok Hakim semalam telah berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat sebentar tadi.

bapa tak tahan sebak lihat mayat anak ditemui lemas

Mangsa Muhammad Harraz Il Man Mohd. Syahril Redhuan ditemui pada pukul 11 pagi setelah hampir 17 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan.

Advertisement

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abnihajar, mayat murid Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar itu ditemui dalam keadaan tertiarap dalam kedalaman kira-kira 1.5 meter di dasar sungai berkenaan.

“Mayat mangsa dijumpai pada kedudukan kira-kira 30 meter dari lokasi dia dikatakan tergelincir di sebuah jambatan menyeberangi Sungai Tok Hakim,” katanya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik