Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bapa Pelajar Ditampar Luah Perasaan, Anak Minta Jurulatih Kekal Berkhidmat

Bapa pemain pasukan bola tampar Wanita Melaka Bawah 14 Tahun (B14), Nur’ Saidatul Akma Abd. Halim tampil memberitahu luahan anaknya yang ditampar oleh jurulatihnya pada Kejohanan Remaja B-14 di Kota Tinggi, Johor pada 16 Disember lalu.

bapa pelajar ditampar luah perasaan, anak minta jurulatih kekal berkhidmat

Anaknya berharap jurulatih anaknya itu tidak dikenakan tindakan dan terus melatih dirinya dan pasukan berkenaan.

Advertisement

Tambahnya, lebih lima tahun Abd. Halim Bakar dan keluarganya telah mengenali jurulatih itu dan mereka percaya tindakan tersebut tidak ada niat ingin mencederakan.

Namun untuk menaikkan semangat anaknya untuk terus berjuang sehingga ke peringkat akhir perlawanan.

Malah, anaknya juga memohon agar jurulatih itu terus berjasa bagi melatih mereka sepasukan untuk perlawanan.

“Kami kenal Cikgu Hadee (Saiful Hadee) lebih lima tahun, anak saya Nur’ Saidatul dan kakaknya, Nur’ Syaafiah, 16, kedua-dua mereka ini dilatih bermain bola tampar sejak darjah lima lagi.

“Dari tidak tahu bermain sampailah mereka berjaya ke peringkat negeri, malah Cikgu Hadee inilah yang bersungguh-sungguh mencari tempat latihan sampai ke tanah (berwarna) merah dia bawa asalkan anak-anak murid dapat berlatih,” katanya.

Tambahnya, dia tidak menganggap tindakan jurulatihnya sebagai satu kekasaran sehingga meninggalkan kesan pada emosi atau psikologi pemain.

“Anak kata dia (Hadee) tampar tidak kuat pun, tidak sakit atau membuatkan emosinya terganggu, itu cara seorang jurulatih yang tegas memberikan semangat dan disebabkan itu juga pasukannya berjaya mara ke peringkat separuh akhir di Selangor.

“Bagi saya, ini perkara biasa, kalau tampar sehingga cedera parah sudah tentu saya ambil tindakan sewajarnya tetapi bukan itu yang berlaku dan saya harap netizen dapat hentikan kecaman terhadap Cikgu Hadee,” ujarnya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik