Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki Lemas Ketika Cuba Selamatkan Anak

lelaki lemas ketika cuba selamatkan anak

Foto: Bernama

Advertisement

Seorang lelaki dipercayai lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam sungai semasa memancing di Kampung Bukit Jati, Klang, malam tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 7.42 malam. 

Menurut maklumat awal, lelaki berusia 40 tahun tersebut sedang memancing bersama anak lelakinya yang berusia 11 tahun.

“Mangsa kemudian dipercayai terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan anaknya.

“Anak mangsa dapat diselamatkan dan di bawa ke hospital oleh orang awam.

"Mayat dilaporkan ditemui sekitar jam 9 malam pada jarak tiga meter dari lokasi mangsa dipercayai jatuh," katanya dalam kenyataan.

Mangsa sempat di bawa naik sebelum disahkan meninggal dunia.

Sumber: Bernama

SINAR Muzik Retro Terbaik