Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bapa Kejam, Bertindak Sumbat Mulut Bayi Dengan Kain

Seorang lelaki bertindak mendera anak kandungnya berusia enam bulan hingga maut di sebuah rumah pangsapuri di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Ahad lalu.

bapa kejam, bertindak sumbat mulut bayi dengan kain

Dia yang memakai baju-T warna hitam dengan tangan bergari serta diiringi pihak polis tiba di Mahkamah Bandar Baru Bangi untuk pendakwaan pagi ini.

Advertisement

Sebelum ini media melaporkan, suspek akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bayi lelaki berusia enam bulan ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya di sebuah pangsapuri sekitar Bandar Tasik Kesuma, Beranang pada Isnin lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohamad Nasir Drahman, pihaknya memaklumkan hasil pemeriksaan awal mendapati, tiada kecederaan dikesan pada badan mangsa sebelum dihantar ke Forensik Hospital Kajang untuk bedah siasat.

Namun, pakar mengesahkan kecederaan mangsa disebabkan perbuatan jenayah ke atas mangsa dan bukannya disebabkan kemalangan.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik