Banjir gelombang ketiga yang melanda kebanyakan kawasan di Kelantan sejak Sabtu lalu menyebabkan banyak kawasan terkesan termasuk di Rantau Panjang.

Malah, lebih 90 peratus kawasan di Rantau Panjang telah dinaiki air dan terjejas akibat banjir.
Advertisement
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin, beliau memaklumkan beberapa kawasan lain terutamanya Pasir Mas dan Pengkalan Kubor, Tumpat juga dijangka akan terjejas banjir selepas ini.
Pemantauan dan kawalan keadaan banjir masih berjalan untuk memastikan penduduk di kawasan tersebut selamat.
“Hampir 90 peratus kawasan Rantau Panjang dinaiki air beberapa hari lalu. Kita menjangkakan kawasan lain akan berisiko untuk banjir selepas ini iaitu Pasir Mas dan Pengkalan Kubor,” jelasnya.
Sumber: Kosmo Online