
Bilangan mangsa banjir di Kedah terus mencatatkan penurunan kepada 7,963 mangsa yang ditempatkan di 37 pusat pemindahan sementara (PPS).
Advertisement
Semua mangsa banjir telah ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi di lima daerah terjejas, iaitu Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu, Pokok Sena, dan Bandar Baharu.
Sementara itu, laman web Public Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan, tiga sungai di daerah Kota Setar terus mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya dengan trend menaik setakat jam 5 pagi ini.
Sungai terbabit ialah Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya.
Bagaimanapun, Sungai Bata di daerah Kubang Pasu masih melepasi paras amaran setakat ini.
Sumber: Astro Awani