Penerbangan pertama bagi bakal jemaah haji dari Malaysia pada tahun ini dijangka berlepas pada 21 Mei depan, bersamaan 1 Zulkaedah 1444.

Menurut Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Azman Mokhtar, beliau memaklumkan keputusan tarikh penghantaran pada tahun ini adalah berbeza berbanding tahun lalu disebabkan jumlah dan operasi jemaah akan kembali ke tahap normal seperti tahun sebelum Covid-19.
Advertisement
Tabung Haji ketika ini masih belum mengetahui jumlah sebenar jemaah yang akan menunaikan haji memandangkan pihaknya masih dalam proses merayu kuota tambahan daripada kerajaan Arab Saudi.
“Insya-Allah dengan tambahan kuota nanti, lebih ramai jemaah haji akan kita uruskan,” katanya.
Sumber: Kosmo Online