Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Kau Punca!” - Bahana Scam, Rakyat Malaysia Rugi RM53b Setahun

Menurut Laporan Situasi Penipuan 2024 oleh Global Anti-Scam Alliance (GASA), dengan kerjasama Whoscall dan ScamAdviser menunjukkan rakyat Malaysia kehilangan AS$12.8 bilion (RM53.86 bilion) tahun lalu akibat penipuan.

“kau punca!” - bahana scam, rakyat malaysia rugi rm53b setahun

Angka tersebut bersamaan tiga peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

Advertisement

Berdasarkan tinjauan yang dibuat melibatkan 1,202 rakyat di negara ini, 70 peratus daripada mangsa penipuan tidak membuat laporan kepada pihak berkuasa, yang menonjolkan keraguan mengenai keberkesanan proses pelaporan. 

Pada masa sama, 32 peratus daripada responden menyatakan telah mengalami kerugian wang akibat penipuan, manakala 74 peratus memberitahu berdepan dengan penipuan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh sebulan.

Kaedah menerusi panggilan telefon, aplikasi permesejan dan platform media sosial seperti WhatsApp, Telegram dan Facebook merupakan antara kaedah penipuan yang biasa digunakan.

Purata kerugian bagi setiap mangsa dilaporkan pada AS$2,726 (RM11,622), dengan hanya dua peratus berjaya mendapatkan semula wang mereka sepenuhnya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik