Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Luar Biasa! Datuk Azizulhasni Awang Syukur, ​​Naik Ranking Dunia

luar biasa! datuk azizulhasni awang syukur, ​​naik ranking dunia

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terharu apabila ranking dunia naik ke tangga ketiga selepas kejayaannya di Kejuaraan Lumba Basikal Trek Asia 2023 di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan.

Advertisement

Malah, beliau juga bersyukur dan berpuas hati dengan pencapaian tersebut selepas melalui pelbagai cabaran musim ini.

"Assalamualaikum, selamat pagi semua. Ada sedikit berita gembira yang saya nak kongsikan dengan anda semua pagi ini.

"Syukur, alhamdulillah. Ranking dunia semasa saya telah naik beberapa anak tangga. Seperti gambar dikongsikan kepada semua, ranking dunia saya sekarang adalah Keirin - 3 manakala Individual Sprint - 6.

"Sedikit sebanyak ini memberikan suntikan semangat untuk beraksi di Kejohanan Dunia di Glasgow nanti dan juga langkah yang amat positif di dalam proses kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

"Terima kasih tidak terhingga di atas sokongan dan doa daripada anda semua. Malaysia Boleh," katanya.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik