![[video] 24 tahun berlalu, aura masih sama! – video puisi dian sastro buat peminat meremang, zee avi siap ajak tubuh band!](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2026/Feb/09/doublepic-14.jpg)
Foto: Instagram (therealdisastr)
Advertisement
Siapa sangka, selepas lebih dua dekad menjadi ikon filem Indonesia, pesona Dian Sastrowardoyo masih mampu membuat media sosial ‘meletup’? Baru-baru ini, pelakon jelita itu memuat naik sebuah video membaca puisi ringkas di Instagram dengan kapsyen nostalgik, ‘24 years later.’
Video berdurasi kurang dua minit itu terus mencuri perhatian. Dian tampil sederhana tanpa solekan tebal, hanya dengan suara lembut dan intonasi penuh jiwa, sambil memetik gitar cukup untuk mengembalikan memori peminat kepada era Ada Apa Dengan Cinta? yang pernah mengangkat namanya sebagai legenda budaya pop Nusantara.
Ruang komen pantas dibanjiri ribuan reaksi. Ramai memuji karisma Dian yang dianggap ‘tak dimakan usia’.
![[video] 24 tahun berlalu, aura masih sama! – video puisi dian sastro buat peminat meremang, zee avi siap ajak tubuh band!](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2026/Feb/09/portrait-2026-02-09t101924-782.jpg)
Namun yang paling mencuri tumpuan ialah komen daripada penyanyi kelahiran Malaysia, Zee Avi. Dengan nada bersahaja, Zee bertanya:
![[video] 24 tahun berlalu, aura masih sama! – video puisi dian sastro buat peminat meremang, zee avi siap ajak tubuh band!](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2026/Feb/09/landscape-2026-02-09t102034-693.jpg)
Interaksi spontan itu terus menghangatkan lagi perbualan. Peminat kedua-dua figura seni tersebut mula berangan-angan, bagaimana agaknya kalau Dian Sastro dan Zee Avi benar-benar bergabung dalam projek muzik? Ada yang mencadangkan kolaborasi puisi muzik, ada juga yang mahu mereka rakam lagu indie ala akustik.
Bagi ramai, momen ini bukan sekadar video biasa. Ia seperti bukti bahawa selepas 24 tahun, Dian masih ‘Cinta’ yang sama. Beliau kekal relevan, anggun dan dekat di hati generasi lama mahupun baharu.