Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ada Kesan Sampingan? AstraZeneca Umum Tarik Balik Vaksin Covid-19 Di Seluruh Dunia

Syarikat farmaseutikal yang menghasilkan vaksin COVID-19, AstraZeneca mengumumkan telah menarik balik vaksin keluarannya dalam pasaran dunia.

pasaran vaksin covid-19, astrazeneca ditarik balik seluruh dunia!

Pihaknya melakukan tindakan itu setelah mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin berkenaan boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku dan berbahaya.

Advertisement

Bagaimanapun, syarikat gergasi farmasi itu berkata bahawa vaksin itu dikeluarkan daripada pasaran atas sebab komersial.

Tambahnya, vaksin itu juga tidak lagi dibenarkan untuk digunakan di Kesatuan Eropah (EU) memandangkan syarikat itu secara sukarela menarik balik “kebenaran pemasarannya”.

AstraZeneca juga telah mengemukakan permohonan pada 5 Mac dan ia akan berkuat kuasa pada hari Selasa.

Sumber: Astro Awani
 

SINAR Muzik Retro Terbaik