Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Aset TUDM Menyemarak Langit LIMA’25

aset tudm menyemarak langit lima’25

Foto: Bernama

Advertisement

Persembahan udara daripada aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ketika majlis perasmian Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA'25) di Pusat Pameran Antarabangsa Mashuri (MIEC) hari ini.

LIMA'25 yang memasuki edisi ke-17, menghimpunkan 860 pempamer dari 24 negara terdiri daripada 426 syarikat antarabangsa dan 434 syarikat tempatan.

aset tudm menyemarak langit lima’25

Foto: Bernama

Pameran yang berlangsung selama lima hari hingga 24 Mei ini adalah platform bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab pertahanan dan aeroangkasa serantau.

Bertemakan 'Inovasi Hari Ini Pencapaian Masa Hadapan', pameran kali ini merupakan yang terbesar dalam industri maritim dan aeroangkasa di Asia Tenggara sejak dianjurkan kali pertama pada 1991.

Sumber: Bernama

SINAR Muzik Retro Terbaik