White House memaklumkan Israel bersetuju menangguhkan serangan selama empat jam setiap hari di utara Semenanjung Gaza bagi tujuan kemanusiaan.

Barisan perunding hampir mencapai persetujuan untuk mengadakan gencatan senjata kemanusiaan selama tiga hari di Gaza sebagai pertukaran kepada pembebasan kira-kira 12 tebusan yang ditahan kumpulan Hamas.
Advertisement
Jeda kemanusiaan itu dimaklumkan oleh dua pegawai Mesir, seorang dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan seorang diplomat Barat yang bercakap mengenainya tetapi enggan nama mereka disiarkan.
Tidak jelas sama ada jeda kemanusiaan itu berkaitan dengan rundingan gencatan senjata yang masih berlangsung.
Lebih banyak bantuan termasuk bekalan bahan api boleh dibawa masuk ke Gaza bagi mengurangkan penderitaan 2.3 juta rakyat Palestin yang terperangkap di wilayah berkenaan jika gencatan senjata itu berjaya dicapai.
Rundingan gencatan senjata itu sedang diuruskan oleh Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS).
Sumber: Kosmo Online