Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Seorang Diri Wakili Malaysia Ke Itali, Apa Sebenarnya Berlaku Pada Aruwin Di Olimpik Musim Sejuk 2026?

seorang diri wakili malaysia ke itali, apa sebenarnya berlaku pada aruwin di olimpik 2026?

Milano & Cortina d’Ampezzo menjadi saksi semangat luar biasa seorang anak Malaysia apabila Aruwin Salehhuddin tampil sebagai satu-satunya wakil negara ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 yang berlangsung dari 6 hingga 22 Februari.

Advertisement

Ya, seorang diri membawa nama Malaysia ke pentas dunia!

Lebih membanggakan, Aruwin bukan sahaja bertanding dalam acara alpine skiing bagi kategori slalom dan giant slalom, malah beliau turut diberi penghormatan sebagai pembawa bendera Malaysia pada upacara pembukaan.

Ini bukan kemunculan pertama Aruwin. Atlet berjiwa kental ini sebelum ini pernah mewakili negara di Beijing 2022, menjadikan Milano-Cortina 2026 sebagai penyertaan keduanya di temasya berprestij itu.

Namun kali ini, cabaran yang dihadapi ternyata cukup getir. Malangnya, Aruwin mencatat keputusan DNF (Did Not Finish) dalam perlumbaan.

DNF bermaksud atlet memulakan perlumbaan tetapi tidak berjaya menamatkannya.

Dalam sukan ski alpine, ia bukan sesuatu yang luar biasa. Antara punca biasa DNF termasuk:

  • Terjatuh ketika menuruni cerun
  • Terlepas atau terlanggar pintu (gate) wajib
  • Hilang imbangan atau kesilapan teknikal
  • Masalah peralatan seperti ski tercabut
  • Dihentikan demi faktor keselamatan

Penting untuk difahami bahawa DNF bukan bermaksud gagal secara disiplin atau dibatalkan penyertaan.

seorang diri wakili malaysia ke itali, apa sebenarnya berlaku pada aruwin di olimpik 2026?

 Acara seperti slalom dan giant slalom terkenal dengan laluan yang:

  • Sangat curam
  • Kelajuan mencecah tahap ekstrem
  • Margin kesilapan yang amat kecil

Malah, ramai atlet elit dunia pernah mengalami DNF di Olimpik dan Kejohanan Dunia. Ia sebahagian daripada risiko sukan berintensiti tinggi ini.

Walaupun keputusan tidak memihak kepadanya, penyertaan Aruwin tetap satu pencapaian membanggakan buat Malaysia, sebuah negara tropika yang tidak mempunyai musim salji.

DNF mungkin tercatat di papan keputusan, tetapi keberanian dan semangatnya tetap terpahat dalam sejarah sukan negara.

Tahniah Aruwin, teruskan meluncur tinggi!

SINAR Muzik Retro Terbaik