Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ariel NOAH Dipilih Bawa Watak Dilan Versi Dewasa Dalam Dua Filem Baharu

ariel noah dipilih bawa watak dilan versi dewasa dalam dua filem baharuFoto: Instagram

Penyanyi popular Indonesia, Ariel NOAH disahkan bakal membawakan watak Dilan versi dewasa dalam dua filem terbaharu terbitan Falcon Pictures berjudul Dilan ITB 1997 dan Dilan Amsterdam.

Advertisement

Pemilihan Ariel diumumkan sendiri oleh penulis dan pencipta watak Dilan, Pidi Baiq, dalam satu sidang media yang diadakan di Jakarta Selatan baru-baru ini. Pidi menjelaskan, Ariel dipilih kerana memiliki karisma dan kematangan yang sesuai untuk menggambarkan sisi dewasa watak ikonik itu.

“Dilan bukan sekadar watak romantis remaja, tetapi juga seorang lelaki yang melalui pelbagai konflik dan proses pendewasaan. Ariel mampu menjiwai emosi dan kompleksiti itu dengan baik,” kata Pidi.

 

 

Ariel yang sebelum ini dikenali sebagai vokalis utama kumpulan NOAH, mengakui pada awalnya ragu-ragu menerima tawaran berkenaan kerana menyedari watak Dilan sudah sangat sinonim dengan pelakon asalnya.

“Saya tahu watak Dilan sangat kuat di hati penonton, jadi saya ambil masa untuk fikirkan tanggungjawab besar ini. Tapi akhirnya saya terima kerana percaya boleh beri tafsiran baharu yang lebih matang,” katanya.

Proses penggambaran dua filem tersebut dijangka bermula Disember ini dan akan ditayangkan pada tahun 2026. Kedua-duanya akan menampilkan sisi kehidupan Dilan selepas menamatkan zaman persekolahan serta cabaran hidupnya ketika di luar negara.

Sumber: Instagram

SINAR Muzik Retro Terbaik