![[video] kenapa ketua jururawat perempuan dipanggil sister, tetapi ketua jururawat lelaki bukan brother? ini penjelasannya!](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2025/Dec/05/doublepic-20.png)
Foto: Instagram (hospitalsultanahaminah)
Advertisement
Kalau anda pernah ke hospital kerajaan atau swasta, pasti anda biasa dengar panggilan ‘Sister’ untuk ketua jururawat wanita. Tetapi bila ketua jururawat itu lelaki, kita tak pernah pula dengar orang panggil ‘Brother’. Sebaliknya, mereka dipanggil KJ, singkatan kepada Ketua Jururawat.
Jadi… kenapa wujudnya beza gelaran ini?
Gelaran ‘Sister’ sebenarnya berasal daripada sistem kejururawatan British. Pada zaman awal perubatan moden, majoriti jururawat adalah wanita yang datang daripada komuniti keagamaan, termasuk nuns.
Mereka digelar Sisters dan gelaran itu kemudian dibawa masuk ke hospital biasa apabila bidang kejururawatan mula berkembang.
Malaysia pula mewarisi banyak struktur sistem kesihatan British, termasuklah gelaran ini.
Jadi, kenapa Ketua Jururawat lelaki bukan Brother?
Kerana gelaran ‘Sister’ itu bukan sekadar gelaran jantina, tetapi gelaran jawatan tradisional dalam hierarki kejururawatan.
Apabila semakin ramai jururawat lelaki memasuki profesion ini, gelaran ‘Sister’ tidak sesuai lagi untuk mereka. Tetapi pada masa sama, gelaran ‘Brother’ memang tidak wujud dalam struktur kejururawatan British atau Malaysia
Untuk mengelakkan kekeliruan dan memastikan keseragaman jawatan, ketua jururawat lelaki dirujuk menggunakan nama jawatan rasmi iaitu KJ atau Ketua Jururawat. Ringkas, professional dan neutral jantina.
Walaupun begitu, gelaran ‘Sister’ tetap dikekalkan untuk wanita kerana ia sudah sebati dalam budaya kerja hospital di Malaysia dan diakui sebagai tanda penghormatan terhadap pengalaman serta autoriti seorang ketua jururawat.
Sumber: Instagram (hospitalsultanahaminah)