Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bukan Sekadar Bola Sepak! Pertemuan Anwar Ibrahim & Mesut Özil Sentuh Isu Gaza, Anak Muda dan Kisah Cucu

bukan sekadar bola sepak! pertemuan anwar ibrahim & mesut özil sentuh isu gaza, anak muda dan kisah cucu

Hari terakhir lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Turkiye diserikan dengan satu pertemuan istimewa apabila beliau menerima kunjungan hormat bekas pemain bola sepak antarabangsa terkenal, Mesut Özil, bersama anak Presiden Turkiye, Necmeddin Bilal Erdogan.

Advertisement

Pertemuan yang berlangsung di sebuah hotel di sini itu bukan sekadar bersifat rasmi, malah berlangsung dalam suasana mesra dan santai. Datuk Seri Anwar dan Mesut Özil berkongsi pengalaman serta bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa, khususnya berkaitan kepentingan umat Islam dan situasi kemanusiaan yang meruncing di Gaza.

bukan sekadar bola sepak! pertemuan anwar ibrahim & mesut özil sentuh isu gaza, anak muda dan kisah cucu

Menurut Perdana Menteri, perbualan mereka turut diselitkan dengan kisah peribadi yang mencuit hati.

“Sebagai selingan santai, perbualan kami turut menyentuh kisah cucu saya yang merupakan penyokong tegar The Gunners, satu perkara yang mengundang senyuman beliau,” kata Anwar dalam satu kenyataan.

Mengambil kesempatan daripada pertemuan tersebut, Anwar menjemput bekas pemain Arsenal dan Real Madrid itu untuk berkunjung ke Malaysia pada masa hadapan. Lawatan itu diharapkan dapat membuka ruang perkongsian pengalaman Mesut Özil dalam bidang bola sepak, kepimpinan, nilai kemanusiaan serta peranan anak muda dalam memperjuangkan keadilan dan solidariti sejagat.

bukan sekadar bola sepak! pertemuan anwar ibrahim & mesut özil sentuh isu gaza, anak muda dan kisah cucu

Anwar turut memaklumkan bahawa Mesut Özil kini terlibat secara aktif dalam Parti Keadilan dan Pembangunan (AK Party) Republik Turkiye, di samping terus komited dalam pelbagai inisiatif kemanusiaan di peringkat antarabangsa. Pertemuan tersebut kemudiannya disertai oleh Necmeddin Bilal Erdogan, sekali gus mencerminkan hubungan erat antara tokoh-tokoh berpengaruh dari kedua-dua negara.

Untuk rekod, Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi ke Turkiye sejak Selasa lalu atas jemputan Presiden Recep Tayyip Erdogan. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Malaysia untuk memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin, merangkumi kerjasama politik, ekonomi, budaya dan kemanusiaan antara Malaysia dan Turkiye.

Sumber: X (M10)

SINAR Muzik Retro Terbaik