Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Anis Suraya Tiada Perancangan Kembali dalam Industri, Kini Aktif Sebagai Pensyarah Seni Suara

anis suraya tiada perancangan kembali dalam industri, kini aktif sebagai pensyarah seni suaraFoto: Instagram

Bekas penyanyi popular era 1990-an, Anis Suraya mendedahkan dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk kembali bergiat aktif dalam industri hiburan arus perdana walaupun namanya masih diingati menerusi beberapa lagu malar segar.

Advertisement

Menurut Anis, keputusan tersebut dibuat dengan penuh pertimbangan dan bersifat kekal, namun minatnya terhadap dunia nyanyian tidak pernah pudar.

“Untuk kembali ke industri secara mainstream memang tidak akan berlaku. Ia memang tidak akan jadi. Cuma minat menyanyi itu masih ada dan saya hanya terima undangan tertentu,” katanya kepada Gempak.

Mengulas lanjut, Anis menjelaskan dia sebenarnya masih aktif dalam dunia seni, tetapi memilih laluan berbeza berbanding sebelum ini demi memberi tumpuan kepada kehidupan peribadi dan keluarga.

“Saya masih bergerak dalam dunia seni, cuma dalam bahagian yang berbeza. Saya memang tak pernah terfikir untuk sertai GV atau kembali seperti dulu,” jelasnya.

Tambahnya, ketiadaannya dalam arus perdana tidak bermakna dia menghilang, sebaliknya kerana tidak lagi terikat dengan mana-mana syarikat rakaman.

“Saya tak pernah hilang, saya masih ada. Cuma saya tak berada dalam industri sebab saya bukan lagi artis di bawah label rakaman,” ujarnya.

Dalam pada itu, Anis berkata nyanyian kini hanya dijadikan sebagai ruang untuk meluahkan rindu terhadap minat yang sudah sebati sejak kecil, terutamanya menerusi platform TikTok.

“Saya menyanyi di TikTok sekadar untuk lepaskan rindu. Dari kecil memang saya minat menyanyi dan itu cara saya terus dekat dengan dunia seni,” katanya.

Selain menyanyi secara santai, Anis turut aktif menimba ilmu dalam bidang seni serta menjadikan kerjaya sebagai pengacara majlis secara sambilan sebagai salah satu sumber pendapatan.

“Saya masih belajar dalam bidang seni, bukan sekadar vokal sahaja. Saya juga buat kerja part-time sebagai pengacara majlis dan itulah antara punca rezeki saya,” katanya lagi.

Lebih menarik, Anis kini menggalas tanggungjawab sebagai pensyarah sambilan dalam bidang seni suara, satu peranan yang membolehkannya terus menyumbang dalam dunia seni sambil meluangkan lebih masa bersama keluarga.

“Saya cuba jadi pengacara majlis dan juga pensyarah part-time dalam seni suara. Alhamdulillah, itu mungkin pilihan terbaik untuk saya kekal dekat dengan keluarga,” katanya.

Sumber: Gempak

SINAR Muzik Retro Terbaik