Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Angkara Ayam Masak Lemak, 32 Pelajar Sekolah Dikejarkan Ke Klinik

Angkara ayam masak lemak cili padi, seramai 32 orang pelajar berasrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Perempuan Melaka mengalami keracunan makanan.

angkara ayam masak lemak, 32 pelajar sekolah dikejarkan ke klinik

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem memaklumkan semua pelajar terlibat mengalami simptom cirit-birit, sakit perut dan muntah sebelum dikejarkan ke klinik kesihatan untuk menerima rawatan, semalam.

Advertisement

Setakat ini, mereka hanya menjalani rawatan sebagai pesakit luar dan tiada yang dimasukkan ke wad hospital.

“Pelajar ini menikmati menu ayam masak lemak cili padi untuk makan malam pada Ahad lalu dan pagi semalam mereka mengadu mengalami cirit-birit, sakit perut dan muntah.

“Pelajar-pelajar mendakwa terdapat perubahan fizikal pada ayam yang dimakan, selain rasanya juga sedikit pelik,” katanya pada sidang akhbar Persidangan Kedua Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambahnya, siasatan lanjut akan dijalankan pihak Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah berhubung insiden itu dan tindakan awal penutupan dapur asrama selama 14 hari bermula semalam telah dilakukan di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik