Baru-baru ini, kerajaan Arab Saudi bersedia menerima seramai dua juta jemaah untuk musim haji tahun ini.

Menurut Menteri Haji dan Umrah, Dr. Tawfiq Al-Rabiah, pihaknya mengumumkan mengenai berita baik itu berikutan situasi semasa kesihatan negara.
Advertisement
Malah, angka tersebut menyamai bilangan jemaah haji yang diterima sebelum pandemik Covid-19.
Tambahnya, kementerian berkenaan dan semua agensi berkaitan haji dan umrah akan menyediakan
Tambahnya, kementerian akan memberikan perkhidmatan kesihatan dan logistik yang terbaik untuk semua jemaah.
Pelbagai inisiatif juga akan dijalankan bagi menjamin penjimatan masa dan usaha terbaik untuk para jemaah dari seluruh dunia.
Pihaknya melancarkan pelbagai platform Nusuk dalam cara yang dapat menambah baik pengalaman jemaah ketika berada di Arab Saudi, terutamanya selepas mereka memanjangkan tempoh visa dari 30 kepada 90 hari.
Ia boleh memudahkan jemaah untuk menjalani ibadah umrah dengan menggunakan semua jenis visa dan mengurangkan kos insurans yang komprehensif.
Sumber: Kosmo Online