Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Anggota Giat Jalan Siasatan, Kediaman Kosong Diperiksa Kesan Pembunuh Zayn Rayyan

Siasatan lanjut berkenaan kes pembunuhan Zayn Rayyan masih lagi dijalankan bagi mencari bukti dan penyelesaian.

anggota giat jalan siasatan, kediaman kosong diperiksa kesan pembunuh zayn rayyan

Malah, polis selesai memeriksa beberapa kediaman yang tidak berpenghuni di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Advertisement

Difahamkan, pemeriksaan aras tiga dan empat bangunan terbabit membabitkan anggota Unit Forensik Bahagian D10 (Makmal Forensik) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Ia dipercayai bagi mengesan kemungkinan terdapat jejak pembunuh kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Memetik laporan Kosmo, lebih 17 orang anggota unit berkenaan dilihat tiba pada pukul 3 petang sebelum beredar pada kira-kira pukul 5 petang.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, setakat ini tiada mana-mana individu boleh dikaitkan dalam kes bunuh kanak-kanak tersebut dan operasi mencari bukti masih diteruskan di sekitar lokasi penemuan mangsa.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik