Foto: Instagram
Keluarga pelakon Amyza Aznan diselubungi kesedihan apabila anak sulungnya, Andre Mikhail dilaporkan meninggal dunia selepas melalui pertarungan melawan kanser paru-paru.
Advertisement
Perkara itu dimaklumkan oleh Amyza menerusi media sosial miliknya pada Isnin, sebentar tadi.
Sebelum ini, adiknya Adrian Adam berkongsi bahawa keadaan Andre berada pada tahap amat membimbangkan.
Remaja berusia 18 tahun itu memaklumkan abangnya ketika itu bergantung sepenuhnya kepada bantuan oksigen dan tidak lagi mampu memberikan tindak balas fizikal walaupun doktor menjelaskan dia masih boleh mendengar.
Dalam temu bual bersama media lain, Adrian berkata keadaan abangnya sangat kritikal dan semakin lemah.
Sehari sebelum berita duka itu, Amyza turut memohon doa orang ramai agar urusan anaknya dipermudahkan.
Difahamkan Andre menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga tahun lalu.
Ujian yang menimpa keluarga ini bukan sedikit. Pada awal Ramadan lalu, Amyza sekali lagi diuji apabila anak keduanya, Adrian, pula disahkan menghidap kanser tulang.
Pemergian Andre memberi tamparan hebat buat seluruh keluarga. Rakan-rakan artis dan peminat turut menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman, dan keluarga diberikan kekuatan menghadapi kehilangan yang amat perit ini.
Sumber: Instagram