Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Anak Hilang Kelaparan, Terkejut Rupa-Rupanya…..

Seorang lelaki bersyukur apabila menemui anaknya yang disangka hilang rupanya tertinggal di dalam bas sekolah.

anak hilang kelaparan, terkejut rupa-rupanya…..

Dia sedang mendengar azan di luar pagar rumah akhirnya berjaya menyelamatkan murid perempuan yang terperangkap di dalam bas sekolah.

Advertisement

Berusia 33 tahun, lelaki itu bersama anak perempuannya berusia tiga tahun berada di luar pagar di kawasan perumahan di Tampoi, Johor Bahru sebelum terdengar jeritan sayup-sayup yang semakin kuat.

Ahmad Syafiee terdengar jeritan ke arah sebuah bas sekolah yang diletakkan di parkir di depan rumahnya sebelum tergerak hati untuk memeriksa lebih lanjut.

“Terkejutnya saya apabila ada budak sekolah lingkungan usia tujuh tahun terperangkap dalam bas tu. Saya letakkan anak kecil saya dalam rumah dahulu sebelum kembali ke bas untuk cari cara selamatkan murid itu.

“Keadaan murid tu memang pucat kerana kepenatan menangis tambah pula kelmarin cuaca di sini memang sangat panas terik. Saya anggap anak kecil tu tertidur kerana penat balik dari sekolah.

“Setelah gagal buka pintu bas yang berkunci, saya cuba keluarkan murid tersebut melalui tingkap belakang yang boleh dibuka walaupun agak tinggi. Murid tersebut campak dulu barang-barangnya sebelum dia panjat keluar,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambahnya, kanak-kanak tersebut dibawa untuk berbuka bersama keluarganya kerana dilihat berada dalam keadaan amat keletihan dan kelaparan.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik