Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sebabkan Anak Dua Tahun Positif Dadah, Suami Isteri Didakwa Cuai

Lands-P-4.png

Pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan cuai kerana anak perempuan mereka berusia dua tahun itu positif dadah.

Advertisement

Suami yang merupakan seorang pengawal peribadi, 31 manakala isterinya, suri rumah, 30 tahun itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Jalan Kelang Lama, Kampung Pasir Baru di Brickfields di sini pada 3.15 petang, 10 Ogos lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika mereka disabitkan kesalahan, hukuman yang diperuntukkan adalah denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.

Namun, Hakim Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Okt ini untuk sebutan semula kes.

 

Sumber: BERNAMA

SINAR Muzik Retro Terbaik